Page 44 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 44

Sistem Pengurusan dalam Industri
           Pemprosesan Makanan


                           Jadual 1.3  Peranan sistem pengurusan dalam industri pemprosesan makanan
                   Sistem Pengurusan                                     Peranan

            Amalan Pengilangan yang Baik (Good            •  Amalan Pengilangan yang Baik (Good Manufacturing
            Manufacturing Practices – GMP)                   Practices – GMP) diwujudkan bagi membantu industri
                                              Pengenalan     untuk mencapai piawaian pengeluaran makanan yang
                                                             lebih tinggi bagi memenuhi kehendak keselamatan
                                                             makanan dan kehendak pengguna.

                                                          •  Garis panduan ini menyediakan panduan tentang
                                                             elemen-elemen utama GMP kepada industri makanan
                                               Objektif
                                                             daripada penerimaan bahan mentah hingga ke
                                                             pengedaran produk.
                                                          •  Pelaksanaan garis panduan ini juga mewujudkan
                                                Faedah       keseragaman dalam Amalan Pengilangan yang Baik
                                                             (GMP) bagi industri makanan.

            Sistem Analisis Titik Kawalan Kritikal        •  Pengiktirafan Sistem Analisis Titik Kawalan Kritikal
            (Hazard Analysis and Critical Control            (Hazard Analysis and Critical Control Points – HACCP)
            Points – HACCP)                                  diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada
                                              Pengenalan     industri yang  mencapai mengamalkan
                                                             elemen-elemen HACCP dan seterusnya memenuhi
                                                             kehendak keselamatan makanan dan
                                                             kehendak pengguna.
                                                          •  Untuk memastikan makanan yang dihasilkan selamat.
                                                          •  Untuk memenuhi kehendak negara-negara
                                                             Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bagi
                                                             pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.
                                               Objektif
                                                          •  Untuk menyediakan satu sistem keselamatan makanan
                                                             di negara ini, memandangkan sistem HACCP ini
                                                             akan menjadi satu keperluan pengeksportan makanan
                                                             seluruh dunia.
                                                          •  Mendapat keutamaan dalam permohonan
                                                             Sijil Kesihatan bagi tujuan eksport dengan
                                                             memendekkan tempoh pengeluaran sijil kepada tiga
                                                             (3) hari berbanding 19 hari bagi industri yang tidak
                                                             mendapat pengiktirafan HACCP Kementerian Kesihatan
                                                             Malaysia (KKM).
                                                          •  Logo HACCP KKM boleh digunakan pada produk yang
                                                             telah mendapat pengiktirafan.
                                                Faedah    •  Salah satu keperluan dalam mendapatkan No. EU bagi
                                                             tujuan pengeksportan ke EU.
                                                          •  Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport
                                                             seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO dan lain-lain.
                                                          •  Menguatkan dan menyokong kepada sistem jaminan
                                                             kualiti yang lain seperti ISO dan HALAL.
                                                          •  Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam
                                                             pasaran makanan global.






              38
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49