Page 372 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 372
2 Pemasaran
Agensi
(a) Malaysia External Trade (b) Federal Agricultural
Development Corporation Marketing Authority (c) Beras Nasional (BERNAS)
(MATRADE) (FAMA)
Peranan
• Membaiki sistem pemasaran, memperluas pasaran dan meneroka pasaran baharu bagi hasil
pertanian negara.
• Bekerjasama dengan pihak swasta dan agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang
cekap dan berkesan.
• Membantu pengeluar dan pengeksport memasarkan barang mereka ke luar negara.
• Mengadakan pertunjukan dan pameran, bengkel perniagaan, menjalankan penyelidikan pasaran,
menerima pertanyaan dan membekalkan maklumat kepada peniaga di luar negara.
• Memasarkan hasil padi dan beras supaya harga terjamin dan stabil.
3 Infrastruktur
Agensi
(a) Majlis Amanah Rakyat (b) UDA Holdings Berhad (c) Multimedia Super Corridor
(MARA) (MSC)
(d) Perbadanan Kemajuan (e) Taman Teknologi Malaysia
Ekonomi Negeri (PKEN) (TPM)
Peranan
• Membina bazar, arked, kedai dan medan selera.
• Membangunkan bandar baharu, bangunan pejabat, kompleks perniagaan, bangunan kilang, dan
ruang niaga di pusat bandar.
• Menyediakan tapak industri, kawasan bandar baharu, ruang niaga untuk disewakan dan pusat perniagaan.
• Membangunkan koridor raya multimedia yang lengkap dengan kompleks perniagaan, bandar baharu
dan infrastruktur.
• Membina kawasan untuk pusat penyelidikan teknologi tinggi yang dilengkapi ruang pameran, dewan
persidangan, pusat teknologi, pusat pembelajaran dan auditorium.
366

