Page 33 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 33

Rajah 11 menunjukkan Laporan Murid (Individu) yang memaparkan laporan Tahap
                       Penguasaan murid mengikut maklumat yang direkodkan oleh guru di halaman Rekod

                       Prestasi Murid. Logo sekolah boleh dimasukkan di sebelah kanan atas halaman ini. Di
                       bahagian bawah logo sekolah, terdapat pilihan nama murid yang membolehkan guru
                       mencetak  laporan  Tahap  Penguasaan  murid  secara  individu.  Tahap  Penguasaan
                       Keseluruhan hanya akan dilaporkan dalam pentaksiran akhir tahun.

                       Laporan ini memaparkan Tahap Penguasaan murid dan tafsiran Tahap Penguasaan
                       tersebut, mengikut bidang atau kelompok yang ditetapkan oleh mata pelajaran. Guru
                       juga boleh memberi ulasan tambahan jika perlu.

                       Laporan  ini  boleh  dicetak  dan  diedarkan  kepada  murid  dan  ibu  bapa  bagi
                       memaklumkan tahap penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Laporan ini
                       membolehkan  guru,  murid  dan  ibu  bapa  mengambil  tindakan  susulan  yang
                       sewajarnya bagi menambah baik PdP.

                       Rajah  12  menunjukkan  halaman  data  pernyataan  tahap  penguasaan  yang
                       mengandungi maklumat berkaitan tafsiran bagi setiap tahap penguasaan.









































                                  Rajah 12: Halaman Data Pernyataan Tahap Penguasaan dalam
                                                     Templat Pelaporan PBD




                                                           21
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38