Page 287 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 287
Permohonan Mempaten Produk (Cap Dagangan)
Penciptaan produk pemprosesan makanan bukan sahaja melibatkan bahan mentah malah merangkumi
penciptaan dari segi pemprosesan, mesin, alatan, reka bentuk pembungkusan dan sebagainya. Produk
pemprosesan makanan juga melibatkan pendaftaran Cap Dagangan dan Hak Cipta. Permohonan
mempatenkan produk memerlukan pemohon untuk mengisi beberapa borang dengan lengkap.
Proses ini amat penting bagi menggelakkan kesilapan semasa memohon mempatenkan produk, Cap
Dagangan dan Hak Cipta.
1
Memastikan tiada pertindihan jenama
dengan melakukan carian dalam talian
jenama sedia ada dalam sistem MyIPO.
2
Logo mesti dicipta dan tidak memberi
maksud pada produk atau perkhidmatan
yang diberikan. Contohnya perkataan sos
sedap, pedas, enak dan sebagainya tidak
boleh digunakan dalam jenama. Perkataan
seakan-akan sama seperti ‘sos sedappppp’
juga tidak dibenarkan.
Syarat
Pendaftaran
3
Tidak boleh menggunakan cogan kata yang
membawa maksud daerah atau negara.
Contohnya Sos Bunga Raya. Perkataan bunga
raya tidak boleh didaftarkan kerana telah
diwartakan sebagai bunga kebangsaan.
4
Satu pendaftaran untuk satu kelas sahaja
dengan bayaran RM 370.00 (tertakluk
pada pindaan).
Rajah 5.4 Syarat pendaftaran
281

