Page 18 - e-Modul Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Menggunakan AppsGeyser
P. 18
TEORI
PEMBELAJARAN
4. Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah pembelajaran
berasaskan refleksi terhadap pengalaman,
pelajar membina ilmu pengetahuan dengan
melibatkan diri secara aktif, menggunakan cara
membandingkan maklumat baharu dengan
pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan
sebarang masalah dan mencapai kefahaman
terhadap maklumat baru.
Dalam modul ini terdapat paparan email
sebagai elemen interaksi sosial yang
diwujudkan antara pembangun aplikasi dengan
pelajar (pertanyaan, maklumbalas, dan
cadangan). Ilmu pengetahuan bukan sahaja
boleh didapati hanya dengan kesan ransangan
luaran semata-mata, tetapi ilmu pengetahuan
boleh didapati apabila seseorang itu
berinteraksi dengannya, seterusnya
mengkonstruk dalam pemikirannya.

