Page 92 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 92

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK

                                                                                                     SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI








            DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM





                 1.   Membentuk  pelajar  secara  bersepadu  dan  seimbang  dari  segi  jasmani,  emosi,  rohani  dan
                      intelektual.
                 2.   Mewajibkan pelajar memohon dan mendaftar untuk menjadi ahli kelab atau persatuan, sukan dan
                      permainan, serta badan uniform.

                3.    Semua  Kelab  dan  Persatuan,  Sukan  dan  Permainan,  Badan  Beruniform  mesti
                      mempunyai perlembagaan masing-masing.
                4.    Menerapkan nilai murni dan semangat berpasukan serta kekitaan semasa melaksanakan aktiviti
                      seperti pertandingan antara pasukan dan rumah sukan kepada semua pelajar.

                 5.   Memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang pelbagai jenis sukan dan permainan selaras
                      dengan dasar sukan negara, iaitu sukan untuk semua serta penglibatan yang menyeluruh 1 Murid
                      1 Sukan.
                6.    Melibatkan pelajar secara menyeluruh pada Hari Kokurikulum/ Karnival dan aktiviti perkhemahan

                      pada setiap tahun.
                 7.   Merealisasikan motto 'Bertanding Untuk Menang’, bukan sekadar pendedahan semata-mata atau
                      rajin usaha jalan kemenangan' atau 'rahsia kejayaan ialah kemahuan dan azam yang berterusan'
                      kepada semua pelajar yang menyertai pertandingan.

                 8.   Guru Penasihat selaku guru pengiring pelajar mesti mesti bertanggungjawab dan mematuhi tatacara
                      keselamatan dan tatacara berpakaian semasa mengiringi pelajar dalam dalam pelbagai aktiviti di
                      luar sekolah.

                 9.   Perjumpaan untuk unit uniform dan kelab dan persatuan akan ditentukan oleh GPK Kokurikulum.
                10.   Setiap ahli pasukan beruniform dan guru penasihat mesti memakai uniform lengkap pada setiap
                      hari Rabu.
                11.   Perjumpaan Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan, Badan Beruniform pada setiap setiap

                      hari Rabu pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Pelajar dihendaki memakai uniform masing-masing.

                12.   Laporan  aktiviti  kokurikulum  perlu  direkodkan  dalam  buku  rekod  kehadiran  guru  kokurikulum,
                      disemak dan disahkan oleh pentadbir.

                 13.   Kebajikan pelajar dan guru perlu diberikan keutamaan.
                 14.   Perjumpaan minimum bagi pasukan uniform ialah 12 kali, sementara Persatuan/ Kelab dan sukan
                      dan permainan ialah 12 kali.

                15.   Setiap orang guru penasihat perlu menyediakan rancangan tahunan pasukan beruniform/persatuan
                      pada awal tahun serta menyediakan laporan pada hujung tahun.





                                                                                                             91
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97