Page 146 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 146

Menulis
                                          Buah Kuning Telur

          Jiran Zara, Encik Rahim, baru pulang dari Sabah. Beliau menghadiahkan
          beberapa biji buah kuning telur sebagai oleh-oleh dari sana. Oleh sebab
          teruja, Zara terus mendapatkan maklumat tentang buah itu daripada Internet.








                                       BUAH KUNING TELUR

                                      Buah kuning telur mempunyai kepanjangan antara
                                      6 cm hingga 7 cm. Kulitnya licin dan nipis. Semasa
                                      putik, kulitnya berwarna hijau. Buah yang telah masak
                                      berwarna kuning atau jingga. Bahagian pulpa buah
                                      ini pejal, manis dan berlemak setelah masak. Terdapat
                                      satu hingga empat biji kecil dalam sebiji buah. Buah
                                      ini mengandungi pelbagai nutrien seperti karotena,
                                      vitamin A, vitamin C, niasin, thiamin, karbohidrat,
                                      kalsium dan fosforus. Buah ini sesuai dimakan segar
                                      dan boleh dijadikan puding, jem atau kek cawan.
                                      Buah ini  mudah didapati di Sabah dan di Sarawak.

                                      (Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia)



                                              Ciri-ciri Buah
                                              Kuning Telur                 pulpa


                                                                                 _____
                                                                                 _____
               Info                           kulit

           Pulpa ialah bahagian isi            _____
           buah yang lembut, berair            _____
           dan mengandungi serat.                                                  biji
                                                                saiz                   _____
                                                                _____                  _____
                                                                _____


           Membaca petikan dan melengkapkan grafik.

         140             Bimbing  murid  membaca, menganalisis   Strategi P&P: Pembelajaran Konstruktivisme
                         dan mencatat maklumat tentang sesuatu
                   3.2.3  perkara yang dirujuk.           KBAT: Menganalisis
                                                          EMK: Nilai Murni - Baik hati
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151