Page 18 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 18

T     Tatabahasa




           Pada waktu lapang, Hadif membaca buku cerita di biliknya. Buku cerita
           tersebut dipinjam dari perpustakaan sekolahnya.

           Wahai warga Hutan Perlindungan
           Idaman, terima kasih kerana
           berhimpun pada pagi ini!


                                                              Mengapakah Penghulu Unggas
                                                              memanggil kami berhimpun di sini?
             Saya memanggil semua
             penghuni hutan ini untuk
             menyambut sahabat kita                                Baiklah. Saya mencadangkan
             yang bermigrasi dari utara                            Sang Kancil membuat gegantung
             Asia dan Eropah. Kita perlu                           bagi mengalu-alukan ketibaan
             membahagikan tugasan.                                 sahabat kita.

                                                    Saya setuju. Saya
                                                    mencadangkan
                      Saya akan ke Kuala            Pak Belang menjaga
                      Gula untuk memberitahu        keselamatan kawasan
                      rakan-rakan kita di sana      ini. Sang Merak pula
                      agar membuat persiapan        membuat persembahan.
                      yang sama.


           Terima kasih semua.
           Saya berharap agar
           masyarakat kita hidup
           dengan harmoni.


                  Munsyi Cilik

            Kata nama khas merujuk kepada
            benda, manusia, tempat dan
            haiwan secara khusus. Huruf
            pertama kata nama khas ditulis
            dengan huruf besar.                                                Kamus Poket
                                                                          migrasi – Perpindahan dari
                                                                          satu tempat ke tempat lain.

           Menyenaraikan dan membina ayat menggunakan kata nama khas.

         12               Bimbing murid memahami dan     Strategi P&P: Pembelajaran Masteri
                   5.1.1  menggunakan kata nama khas     KBAT: Menganalisis
                          mengikut konteks tidak formal.
                   (ii)                                  EMK: Kelestarian Global
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23