Page 3 - BUKU PENGURUSAN 2022 FINAL
P. 3

SEUNTAI BICARA SEKALUNG HARAPAN








                                       PENGARAH
                                       BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL




          Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

          Saya  ingin  merakamkan  ucapan  terima  kasih  kepda  seluruh  warga  Sekolah  Menengah
          Teknik  dan  Vokasional  kerana  memberi  peluang  kepada  saya  menyampaikan  kata
          alu-aluan dalam majalah sekolah dan kolej vokasional pada tahun ini. Tahniah dan syabas
          diucapkan  kepada  warga  TVET  KPM  khususnya  unit  media  dan  redaksi  majalah  atas
          kejayaan  menerbitkan  majalah  yang  akan  dijadikan  dokumentasi  dalam  mengukur
          kemajuan yang telah kita ciptakan seiring waktu demi rujukan generasi pelapis TVET pada
          masa akan datang.

          Walaupun  wabak  Covid-19  masih  lagi  menular  dalam  kalangan  masyarakat  khususnya
          warga  pendidikan,  semua  warga  TVET  KPM  perlu  berganding  bahu  memahami  peranan
          masing-masing  dalam  mendepani  cabaran  dunia  pendidikan  pada  masa  akan  datang.
          Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21) seperti menggunakan platform aplikasi media sosial dan
          telesidang  seperti  Aplikasi  Zoom,  Google  Classroom  selain  Aplikasi  TV  Pendidikan  akan
          melahirkan kemenjadian individu menjadi lebih kreatif dan berinovasi. Pelaksanaan blended
          learning  dapat  dioptimumkan  oleh  seluruh  warga  pendidikan  dalam  mencari  ilmu
          pengetahuan  dan  meningkatkan  potensi  diri.  Kebolehcapaian  maklumat  dihujung  jari
          sewajarnya digunakan secara maksimum dan positif bagi memperkayakan diri dengan ilmu
          pengetahuan, dan memajukan diri demi menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari
          segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

          Pendidikan  yang  berorientasikan  akademik  TVET  akan  terus  menjadi  teras  dalam
          membangunkan  potensi  individu  ke  arah  bertaraf  dunia  bagi  memenuhi  aspirasi  negara
          Malaysia.  TVET kini tidak lagi signifikan dikaitkan dengan bidang kemahiran tangan semata-
          mata,  malah  keupayaan  menggunakan  kemahiran  kognitif  dan  afektif  adalah  cabaran
          utama dalam penghasilan sumber manusia yang berketrampilan dan berpengetahuan.

          Akhir  kata,  saya  mendoakan  kesejahteraan buat  seluruh warga  Sekolah Menengah  Teknik
          dan Kolej Vokasional dan marilah kita semua bersatu hati menjulang TVET Malaysia sehingga
          ke puncak kejayaan bagi merealisasikan aspirasi TN50.

          We Create Our Future

          Hjh Zanariah Binti Hj Ahmad






                                                                                                               3
   1   2   3   4   5   6   7   8