Page 14 - PKB DRAF - pengurusan sekolah 2018 TERKINI - Copy
P. 14

FALSAFAH PENDIDIKAN


                                       KEBANGSAAN






               Pendidikan  di  Malaysia  adalah  suatu  usaha  berterusan  ke  arah  lebih
               memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

               untuk  melahirkan  insan  yang  seimbang dan  harmonis  dari  segi  intelek,
               rohani,  emosi  dan  jasmani  berdasarkan  kepercayaan  dan  kepatuhan
               kepada  Tuhan.  Usaha  ini  adalah  bertujuan  untuk  melahirkan
               warganegara  Malaysia  yang  berilmu  pengetahuan,  berketrampilan,

               berakhlak  mulia,  bertanggungjawab  dan  berkeupayaan  mencapai
               kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
               dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.





                         FALSAFAH  SEKOLAH




                   Bahawasanya warga pendidik di sekolah ini mempunyai kelayakan

                   akademik dan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang cemerlang
                   dalam usaha menghasilkan pelajar berminda kelas pertama.

                   Bahawasanya murid-murid yang belajar di sekolah ini perlu diberi

                   peluang dan ruang untuk mendapatkan pendidikan berkualiti bagi
                   mencapai kecemerlangan peribadi dan sekolah.


                   Bahawasanya permuafakatan antara ibu bapa, guru dan komuniti
                   setempat penting bagi meningkatkan kualiti berterusan.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19