Page 2 - PKB DRAF - pengurusan sekolah 2018 TERKINI - Copy
P. 2

“Seuntai Kata


                                                                Secebis Bicara”



                                                           Tuan Pengetua SMK Parit Panjang







                            Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha  Penyayang

              Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera  dan Salam 1 Malaysia,

                   Alhamdulillah,  Jawatankuasa  Buku  Pengurusan  Sekolah  telah  berjaya  menyiapkan  buku  ini
              sebagai panduan kita bersama untuk sesi persekolahan 2018. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan
              terima  kasih  kepada  semua  yang  telah  memberikan  kerjasama  dan  komitmen  sehingga  dapat
              menyiapkan  Buku  Manual  Pengurusan  Sekolah  ini  sepenuhnya.  Saya  berharap  Buku  Pengurusan
              Sekolah  ini  digunakan  dengan  sebaik  mungkin  oleh  seluruh  warga  SMK  parit  Panjang,  me-
              mandangkan Buku ini
              merupakan panduan dan bahan rujukan kepada kita ke arah penghasilan kecemerlangan dalam tugas
              dan  tanggungjawab  agar  selari  dengan  budaya  kerja  dan  prinsip-prinsip  yang  diinginkan  oleh
              Kementerian Pendidikan Malaysia.

                   Guru  harus  menyahut  dan  merealisasikan  transformasi  dalam  pendidikan.  Apabila  kita
              menyebut  institusi  sekolah,  kita  tidak  boleh  lari  dari  pada  mempersoal  tentang  peranan  guru  dan
              murid. Justeru, mengurus perubahan harus bermula di bilik darjah. Transformasi perlu diiringi
              dengan perubahan strategi PdP dalam bilik darjah. Sejauhmana murid faham dan seronok belajar ?
              Guru  juga  harus  memupuk  dan  menjana  perubahan  sikap  dan  tingkah  laku  pelajar  mengikut
              kehendak dan aspirasi Negara. Akhirnya kita ingin melahirkan murid SMK Parit Panjang sebagai
              modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, berpersonaliti unggul, kemahiran berfikir aras
              tinggi dan mengamalkan budaya positif dan nilai murni.
                   Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang bukannya mudah, kerana ia bukan sahaja menuntut
              agar kita berusaha gigih, malah perlu disertai dengan perancangan yang teliti dan keazaman yang
              tinggi dari segi masa, tenaga dan mungkin juga wang ringgit. Pengagihan tugas yang disenaraikan
              dan panduan tugas kerja yang tercatat dalam buku ini adalah diharapakan membantu warga SMK
              Parit  Panjang  membentuk  satu  pasukan  kerja  yang  padu  dan  berwibawa  ke  arah  pencapaian  visi
              sekolah.
                   Akhirnya saya berharap dan berdoa agar SMK Parit Panjang akan dapat mencapai cita-citanya
              bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa SMK Parit Panjang menjadi sekolah pilihan dalam
              mendapatkan perkhidmatan pendidikan wajib serta melahirkan warga yang berkualiti kepada keluar-
              ga, masyarakat dan Negara Malaysia.


              Semoga hasrat murni ini mendapat keredhaan dan rahmat Allah jua.
              Wassalam.

              “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



              ( PN. HJH JAMSIAH BINTI MOHD SHARIFF)
              PENGETUA SMK. PARIT PANJANG
   1   2   3   4   5   6   7