Page 37 - PKB DRAF - pengurusan sekolah 2018 TERKINI - Copy
P. 37
29. KUNCI
i. Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
ii. Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua
dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
30. BUKU STOK/INVENTORI – KEW PA
i. Ketua Panitia dan Setiausaha Jawatankuasa bertangungjawab menguruskan buku stok/inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini, setiap
pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta ).
ii. Guru Kanan Mata Pelajaran /Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke
semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Penolong Kanan/Pengetua.
31. KOMPUTER RIBA/LCD PROJEKTOR
i. Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD Projektor hendaklah mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat
dikesan.
ii. Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdP sebagaimana objektif penggunaannya.
iii. Keselamatan komputer dan LCD adalah tanggungjawab sepenuhnya kepada penyimpan dan mesti
diserahkan ke pejabat apabila cuti akhir tahun.
iv. Lapor segera sekiranya berlaku kerosakan untuk tujuan baik pulih.
v. Proses peminjaman dan pemulangan alatan ini hendaklah direkodkan dalam borang yang disediakan.
1.14 PERATURAN DALAMAN SEKOLAH
1. Semua guru perlu berada di sekolah sebelum jam 7.30 pagi dan pulang selepas jam 2.30 petang. Perhimpunan
rasmi pada hari Ahad diadakan pada jam 7.30 pagi hingga 8.10 pagi dan waktu pulang adalah jam 2.30 petang.
2. Semua guru dikehendaki merakam waktu kehadiran waktu pagi dan waktu pulang setiap hari menggunakan mesin
perakam waktu yang disediakan. Kehadiran guru untuk aktiviti-aktiviti lain hendaklah dicatatkan dalam buku
yang berkenaan.
3. Sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sebab-sebab yang sah, sila hubungi pihak sekolah sama ada melalui
telefon/ surat/ pesanan/sms sebelum jam 730 pagi. Setelah datang bertugas, serahkan dokumen cuti berkai-
tan.
4. Guru lelaki tidak dibenarkan memakai baju ala Hawai atau berseluar jeans. Bagi guru perempuan muslim
hendaklah berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat.
5. Semua guru diwajibkan memakai kot (serta tali leher bagi lelaki) pada perhimpunan rasmi hari Ahad. Pakaian batik
diwajibkan pada setiap Khamis.
6. Hari Rabu ialah hari “Pasukan Pakaian Seragam”(PPS). Pelajar-pelajar ahli PPS dibenarkan memakai pakaian
seragam yang lengkap. (SPI Bil 8/2007)
7. Penggunaan siaraya sekolah hanya dibenarkan pada perhimpunan/ renungan pagi dan waktu rehat sahaja.
Penggunaan pada masa lain mesti mendapat kebenaran Pengetua.
8. Jika hendak keluar dari sekolah sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi mesti mengisi borang kebenaran dan
ditanda dalam buku “keluar masuk” setelah mendapat kebenaran Pengetua.
9. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Mana-mana pelajar yang hendak keluar dari kawasan
sekolah kerana urusan tertentu mestilah dengan kebenaran Pengetua/ Guru Disiplin. Pelajar yang perlu pulang
kerana kecemasan mesti diambil oleh ibu bapa atau dihantar oleh guru bertugas.
10. Semua pelajar yang pindah ke sekolah ini diwajibkan membayar semua jenis bayaran kemudahan dan
perkhidmatan walaupun telah dijelaskan di sekolah asal.
11. Semua guru kelas hendaklah berurusan dengan bendahari sekolah dalam mengendalikan hal-ehwal bayaran
kemudahan dan perkhidmatan sekolah dan lain-lain.

