Page 125 - BM tahun 4
P. 125

T      Tatabahasa



             Alif, kawan Zara, berbual-bual dengan ayahnya yang
             sedang memasang alat pemasa siraman.


             Alif:    Ayah sedang buat apa?
             Ayah:   Ayah sedang memasang alat pemasa siraman.
             Alif:    Di manakah ayah hendak memasang alat ini?

             Ayah:   Ayah hendak memasang alat pemasa siraman ini
                      di sebelah paip air penjuru sana.
             Alif:    Mengapakah ayah memasang alat ini?
             Ayah:   Ayah memasang alat ini untuk memudahkan kerja
                      siraman tanaman kita.

             Alif:    Bagaimanakah alat ini berfungsi, ayah?
             Ayah:   Alat ini berfungsi secara automatik.
             Alif:    Wah, bagusnya alat ini! ________________?

             Ayah:   Alat ini berfungsi untuk menyemburkan air
                      mengikut masa yang telah kita tetapkan.
             Alif:    Berapa lamakah tempoh siramannya, ayah?
             Ayah:   Tempoh siramannya ayah tetapkan selama
                      dua minit sahaja.

             Alif:    ______________________________?
             Ayah:  Alat ini akan menyiram tanaman sebanyak
                      dua kali sehari.

             Alif:    _______________________________?
             Ayah:  Alat siraman ini akan mula menyiram
                     tanaman kita pada pukul 8:00 pagi dan
                     7:00 malam.
             Alif:   Terima kasih, ayah, kerana                   Munsyi Cilik

                     memberikan penerangan.
                                                           Ayat tanya ialah ayat yang digunakan
             Ayah:  Sama-sama.                             untuk tujuan menanyakan sesuatu hal
                                                           berdasarkan nada suara dan penggunaan
                                                           perkataan tertentu.


            Mengenal pasti dan membina ayat tanya.

                      Bimbing murid memahami dan membina ayat   Strategi P&P: Belajar Cara Belajar  119
                      tanya mengikut konteks.
               5.3.2                                     KBAT: Mengaplikasi
                (ii)                                     EMK: Kreativiti dan Inovasi
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130