Page 163 - BM tahun 4
P. 163
T Tatabahasa
Uniknya Pasar Terapung
Semasa di kampung, Pak Cik Ayub telah mengajak Alif sekeluarga
melihat keunikan pasar terapung di Pengkalan Datu, Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan.
Alif: Apakah keunikan pasar di sini, pak cik?
Pak cik: Pasar di sini bukan seperti pasar lain. Di sinilah kita dapat melihat
para peniaga menjual segala jenis barang dari bot.
Alif: Perlukah kita naik ke bot untuk membeli, pak cik?
Pak cik: Tidak. Kita hanya perlu memberitahu peniaga barangan yang ingin
kita beli. Kemudian, penjual akan menghulurkan semua barang
kepada kita menggunakan sebuah bakul yang diikat pada hujung
sebatang galah.
Alif: Wah, kreatifnya penduduk di sini menambah pendapatan! Adakah
mereka berniaga pada _____ hari, pak cik?
Pak cik: Mereka ______ berniaga setiap hari. Peniaga di sini _____ seperti
peniaga di pasar-pasar lain. Cuba Alif lihat di hujung sana, kelihatan
_______ buah bot dan sampan digunakan oleh peniaga. Dari
seberang sana pula, kelihatan _______ pengunjung sedang
menaiki bot.
Alif: Pak cik, marilah kita membeli ______ barang yang dipesan oleh ibu
dan mak cik. Banyak juga barang yang dipesan.
Melengkapkan ayat dengan kata nafi dan kata bilangan mengikut konteks.
Bimbing murid memahami dan Strategi P&P: Pembelajaran Konstruktivisme
menggunakan kata nafi dan kata 157
5.1.4 bilangan mengikut konteks. KBAT: Menganalisis
(iii) (iv)
EMK: Kreativiti dan Inovasi

