Page 193 - BM tahun 4
P. 193

UNIT
               27






                Mendengar dan Bertutur



            Alif, kawan Zara, dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama-sama
            dengan ibunya. Mereka mendengar kisah kejayaan seorang peniaga
            nasi lemak.



            Pendengar sekalian, saya mula
            menjual nasi lemak di tepi jalan.
            Ketika itu jualan saya kurang laris.
            Ada ketikanya pendapatan saya
            tidak cukup untuk menampung modal
            harian. Kemudian, seorang rakan
            menasihati saya untuk membuat
            kelainan. Saya memakai kostum
            adiwira semasa menjual nasi lemak.                  97.5 FM
            Walaupun  berasa  malu  pada
            mulanya, saya melakukannya untuk
            melipatgandakan hasil jualan. Gerai
            saya juga telah tular dalam media
            sosial. Akhirnya, saya mengambil
            keputusan untuk menyewa sebuah              Ceritakan kisah yang telah
            kedai dan menamakannya Restoran             kamu dengar tadi.
            Adiwiraku. Kini, saya mempunyai
            lima  orang  pekerja.  Saya  dapat
            menjual  pelbagai  jenis  makanan.
            Nasihat saya kepada pendengar,
            kita perlulah berani untuk membuat
            perubahan jika ingin berjaya.







            Menceritakan sesuatu perkara yang didengar.

                     Bimbing murid memberikan respons      Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai      187
                     terhadap sesuatu yang diujarkan       KBAT: Mengaplikasi
              1.1.1  semula dalam situasi tidak formal.
                                                           EMK: Keusahawanan
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198