Page 67 - BM tahun 4
P. 67

T      Tatabahasa



            Hadif membaca rencana di hadapan kelas.


            Menjaga keselamatan diri perlu diutamakan oleh setiap
            orang. Usaha ini menunjukkan seseorang itu menyayangi
            dirinya sendiri.

               Tempat-tempat yang perlu diberikan perhatian serius
            termasuklah pasar raya. Pengguna perlu mengelap
            pemegang troli dengan tisu yang basah sebelum
            menggunakannya. Hal ini dapat mengelakkan jangkitan
            kuman dan penyakit berjangkit.

               Selain itu, ibu bapa yang membawa anak kecil ke pusat
            dobi layan diri juga harus berwaspada. Hal ini penting
            bagi memastikan anak kecil mereka tidak masuk ke dalam
            mesin tersebut.

               Wayar penyambung yang digunakan di rumah turut
            mengundang kemalangan. Kejadian litar pintas berpunca
            daripada wayar penyambung yang berserabut.

               Pengguna kerusi urut juga boleh ditimpa kemalangan.
            Pengusaha kedai kerusi urut tidak menyelenggarakan
            kerusi tersebut pada setiap bulan secara berkala. Hal
            ini menyebabkan pengguna kerusi urut mengalami

            renjatan elektrik.





                  Munsyi Cilik
            Kata sendi nama ialah perkataan
            yang letaknya di hadapan frasa
            nama.
            Contoh: di, ke, oleh, daripada,
                   dalam, pada





            Membaca dan menyenaraikan kata sendi nama.

                      Bimbing murid membaca rencana      Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai        61
                      dan mengenal pasti kata sendi nama.
               5.1.4                                     KBAT: Mengaplikasi
               (ii)                                      EMK: Nilai Murni - Semangat bermasyarakat
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72