Page 73 - BM tahun 4
P. 73
Membaca
Etnik Lun Bawang
Dayang Rosni menghantar e-mel kepada kawannya
tentang masyarakat etnik di Sarawak.
Daripada : dayangrosni@ymel.com Hantar
Kepada : minlee_1@ymel.com
Simpan
Perkara : Etnik Lun Bawang
Sarawak sememangnya negeri yang memiliki pelbagai etnik. Antaranya
termasuklah etnik Lun Bawang. Kebanyakan etnik ini terdapat di utara
Sarawak, iaitu di bahagian Limbang terutamanya di daerah Lawas.
Pekerjaan utama etnik Lun Bawang ialah pertanian sara diri. Mereka
terkenal sebagai penanam padi Adan. Selain itu, mereka juga menghasilkan
garam bukit. Masyarakat Lun Bawang mengadakan pesta menuai yang
dikenali sebagai Irau Aco Lun Bawang. Pesta ini diadakan selama tiga hari
dua malam, iaitu pada 31 Mei hingga 2 Jun setiap tahun. Pelbagai aktiviti
kebudayaan diadakan. Antaranya termasuklah pertandingan permainan
tradisional, demonstrasi kebudayaan, pertandingan sukaneka, jualan kraf
tangan tradisional serta pameran dan jualan makanan tradisional.
Kemuncak pesta Irau Aco Lun Bawang ialah pertandingan ratu cantik
bagi perempuan dan pertandingan yang memaparkan kepahlawanan
bagi lelaki. Pemenang pertandingan ratu cantik digelar Ruran Ulung
manakala pemenang pertandingan kepahlawanan digelar
Padan Liu Burung.
Dengan adanya pertandingan ini, para peserta dapat menonjolkan
pakaian tradisional, kebudayaan tradisional, tarian dan muzik tradisional
yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Adat ini juga dipamerkan
kepada para pelancong yang datang ke negeri Sarawak.
Etnik Lun Bawang
Kawasan Pekerjaan Pesta
Membaca dan menganalisis kandungan teks.
Bimbing murid membaca secara luncuran Strategi P&P: Belajar Cara Belajar Peta i-Think 67
dan mekanis. PAK21
KBAT: Menganalisis (Peta Pokok)
2.3.1 Bimbing murid mengisi maklumat dalam
Peta Pokok. EMK: Nilai Murni - Patriotisme

