Page 95 - BM tahun 4
P. 95
Membaca
Petua Kejayaan
Zara di perpustakaan. Dia membaca maklumat penting tentang petua
kejayaan murid cemerlang.
Apakah murid-murid sudah bersedia untuk menjadi murid
cemerlang? Terdapat banyak cara seperti yang dinyatakan
di bawah.
Saya sentiasa jujur dan menjaga tingkah laku dalam pertuturan
serta perbuatan. Inilah sikap amanah yang perlu ada dalam diri
setiap murid.
Wah, petua ini sangat bagus! Saya perlu bijak mengurus diri,
masa serta melakukan aktiviti yang berfaedah. Petua ini
dapat menjadikan kita murid yang hebat.
Bagaimanakah kamu menjaga kesihatan? Saya memastikan
diri sentiasa cergas. Kesihatan mental dan fizikal perlulah
dijaga dengan baiknya. Murid perlu mengambil makanan
seimbang dan bersenam.
Saya perlu menjadi seorang yang berdedikasi tinggi. Saya juga
bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Oleh itu,
tugasan yang diberikan oleh guru perlu disiapkan mengikut masa.
Petua Kejayaan
amanah bijak
jujur dan menjaga
tingkah laku
Membaca petikan dan melengkapkan Peta Pokok dengan idea utama.
Bimbing murid melengkapkan Peta Pokok Strategi P&P: Belajar Cara Belajar Peta i-Think
tentang maklumat yang dibaca. KBAT: Mengaplikasi (Peta Pokok) 89
2.1.1
EMK: Nilai Murni - Kerajinan

