Page 16 - Sinopsis Hempasan Ombak Bab 1-14 & keseluruhan (anyflip)
P. 16

Sinopsis Keseluruhan


                       Farid seorang pemuda yng mewarisi syarikat ayahnya yang meninggal akibat

                       penyakit. Dia adalah satu-satunya harapan keluarga mereka. Walaupun tidak


                     mempunyai banyak pengalaman, dia sangat gigih untuk menimba ilmu. Banyak

                    orang yang sudi membantunya. Hajah Zaoyah,ibunya, sanggup menggadai harta

                   demi peninggalan tersebut tidak dibubarkan. Zuraidah rakan lama Farid pula sudi


                 menasihat dan mengajar serba sedikit dalam bidang perniagaan ini. Encik Mokhsein

                   pula sanggup membantu dalam mempamerkan dan beliau juga memperkenalkan

                   Hartini Noor kepada Farid. Hartini membantu Farid dalam pekerjaannya dan juga

                      menerangkan tentang kaedah, corak dan banyak lagi berkenaan dengan batik.


                     Walaupun ada pihak yang mempunyai hasat dengki seperti Mukhtar yang telah

                        mengupah 3 samseng untuk membakar bangsal moden batik Farid dan juga

                    mengugut Zuraidah dan Mokhsein kerana berbaik-baik dengan Farid, Farid tetap


                  tidak berputus asa dengan syarikatnya. Akihrnya, usaha yang diberikan oleh semua

                                                                     membuahkan hasil.
   11   12   13   14   15   16   17