Page 9 - Sinopsis Hempasan Ombak Bab 1-14 & keseluruhan (anyflip)
P. 9
Sinopsis Bab 8
Farid membelek-belek batik asli Cap Sarang
Corak Baharu
keluaran syarikatnya di pejabatnya. Dia mengakui
kehebatan batik asli,tetapi dia juga masih perlu
mengutamakan kemahuan pelanggannya. Pada
perjumpaan ketiga Farid dan Zuraida, Zuraida
mencadangkan Farid mengeluarkan batik canting
yakni batik lukis. Kak Tomsiah memberi respons
yangbaik kepada cadangan itu. Tetapi masalah
kos timbul kerana batik itu perlu dibuat di atas
kain sutera. Farid berjumpa Mokhsein untuk
pandangannya.Farid menyiapkan suatu kertas
kerja. Mokhsein mengagumi usaha yang
dilakukan Farid. Mokhsein yakin bahawa usaha
Farid akan membuahkan haasil. Mokhsein
berjanji akan membantu Farid daripada aspek
pemasaran.

