Page 107 - BUKU TEKS SK T5
P. 107
GROUP BY
Pernyataan GROUP BY digunakan untuk menggabungkan beberapa rekod
dalam jadual kepada kumpulan kecil.
Format:
SELECT nama_medan
FROM nama jadual
GROUP BY nama_medan;
CONTOH 11
SQL Aggregate
Rajah 2.1.52 menunjukkan cara mencapai data dengan menggunakan
GROUP BY. Katakan anda ingin menyenaraikan IDMurid yang meminjam Functions
goo.gl/IcLZIR
alatan di dalam stor.
Pernyataan SQL:
Rajah 2.1.52 Mencapai data dengan menggunakan gROUP bY
Output:
Rajah 2.1.53 Paparan data yang memenuhi syarat gROUP bY
Pernyataan dalam Rajah 2.1.53 memaparkan IDMurid yang terdapat dalam
jadual BARANG dengan menggabungkan rekod yang sama kepada satu.
Oleh itu, data yang berulang dipaparkan sekali sahaja.
BAB 2 Pangkalan Data Lanjutan 99

