Page 22 - BUKU TEKS SK T5
P. 22
Rajah 1.1.6 menunjukkan implikasi hasil daripada aktiviti penggodaman dan cetak rompak kepada negara.
Implikasi hasil daripada aktiviti penggodaman
dan cetak rompak
Cetak rompak boleh
mengancam industri kreatif Hilangnya keyakinan pelabur Menjejaskan kestabilan
dan perisian negara kepada negara ekonomi negara
Wujud pengangguran dalam industri
Pengeluaran produk asli berkurang
kreatif dan perisian
Rajah 1.1.6 Implikasi daripada aktiviti penggodam dan cetak rompak
• Cetak rompak mengancam industri kreatif dan perisian negara
Kegiatan cetak rompak akan merugikan pihak pemilik karya asli dan
pengeluar yang sah. Impak negatif, terutamanya kepada pengusaha
syarikat rakaman video dan lagu, perfileman, penerbitan buku-buku dan
juga hasil kreatif yang lain. Individu yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam industri ini akan terasa kesannya.
Aplikasi • Pengeluaran produk asli berkurang
Harian
Kualiti produk cetak rompak yang rendah akan memberikan kesan kepada
Laporan daripada
portal rasmi barangan asli dan seterusnya akan menjejaskan pengeluaran produk asli.
Kementerian • Hilangnya keyakinan pelabur kepada negara
Perdagangan Dalam Bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti, kita memerlukan
Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Bagi menampung
(KPDNKK) mengenai kelancaran proses penyelidikan dan pembangunan, syarikat memerlukan
jenayah cetak rompak. pelaburan yang tinggi terutamanya daripada syarikat yang bermodal besar
dari negara-negara maju. Jika aktiviti cetak rompak dan penggodaman
masih berleluasa, sudah pasti pelabur tidak akan melabur di negara kita.
Hal ini dikatakan demikian kerana kos pelaburannya sangat tinggi tetapi
pulangannya tidak meyakinkan. Para pelabur akan hilang keyakinan kerana
mereka berasa bahawa negara ini tidak menyediakan perlindungan yang
mencukupi terhadap harta intelek dan juga keselamatan data.
goo.gl/1GBxmV
• Wujud pengangguran dalam industri kreatif dan perisian
Cetak rompak dan penggodaman juga mendatangkan kesan negatif
terhadap industri perisian kerana syarikat masa ini beroperasi secara dalam
talian dan menggunakan sistem komputer bagi mengurus operasinya
seperti e-perbankan dan e-niaga. Kepercayaan pengguna akan hilang jika
keselamatan data peribadi pengguna tidak dapat diurus dengan baiknya
oleh syarikat yang berurusan. Jika pelanggan menarik diri, syarikat akan
mengalami kerugian dan sudah pasti akan menghentikan operasinya.
14 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

