Page 163 - BUKU TEKS ASK T2
P. 163
Apabila anda membuat semakan ke atas carta alir yang dihasilkan dengan menggunakan
satu set sampel data, didapati hasil output tidak seperti yang diingini.
Contoh output:
Output yang diingini Output yang didapati
Jumlah jualan: RM 900 Jumlah jualan: RM 900
Komisen ialah 8% Komisen ialah 5%
Jumlah komisen: RM 72 Jumlah komisen: RM 45
Komisen untuk setiap ahli: RM 12 Komisen untuk setiap ahli: RM 9
Anda perlu menggunakan kertas dan pensel untuk melakukan teknik semakan meja. Berikut
menunjukkan nilai-nilai yang dimasukkan:
buah = 300 Output yang diperoleh:
minuman = 300 Jumlah jualan: 900
biskut = 300 Komisen ialah 5 %
Jumlah komisen: 45
jum_jualan = 300 + 300 + 300 = 900 Komisen untuk setiap ahli: 9
Apabila jum_jualan = 900, nilai ini digunakan untuk semakan syarat jum_jualan
> 500,
900 > 500 memberi nilai benar, maka “Komisen ialah 5%” dipaparkan dan komisen
= 0.05.
jum_komisen = 900 * 0.05 = 45
ind_komisen = 45 / 5 = 9
Output ini berlainan dengan yang dikehendaki. Ralat logik ini berlaku kerana syarat bagi
pilihan komisen tidak tepat. Syarat pilihan (jum_jualan > 800) harus disemak dahulu. Selepas
membaiki ralat ini, semak semula dengan teknik yang sama.
Apabila jum_jualan = 900, nilai ini digunakan untuk semakan syarat jum_jualan > 800,
900 > 800 memberi nilai benar, maka “Komisen ialah 8%” dipaparkan dan komisen
= 0.08.
jum_komisen = 900 * 0.08 = 72
BAB 3
ind_komisen = 72 / 5 = 14.4
Output untuk ind_komisen adalah berlainan dengan yang diingini. Rumus berikut perlu
disemak semula.
ind_komisen = jum_komisen / 5
Jumlah ahli pasukan termasuk ketua adalah enam orang dan bukan lima orang. Oleh itu,
pembahagian komisen menjadi salah. Rumus perlu dibaiki dengan membahagi jum_komisen
dengan enam. Carta alir di halaman 154 telah dibaiki ralat-ralat logik yang ditemui.
153

