Page 178 - BUKU TEKS ASK T3
P. 178
Baki sedia ada Pemain pilih untuk Baki selepas pembelian
ialah 220. membeli item ini. ialah 20. Item baharu berada
dalam taman pemain.
Rajah 4.42 Paparan simulasi permainan MyStemVille
(ii) Procedure
Procedure sesuai digunakan dalam situasi di mana satu tugas perlu
dilaksanakan berulang kali apabila ia diperlukan tanpa pemulangan
nilai. Perhatikan bahawa procedure yang disimpan dalam butang
profil akan terlaksana setiap kali butang ini diklik. Procedure
ini akan memaparkan tetingkap yang mengandungi profil pemain
Permainan android
ini boleh dimuat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.43.
turun dari Google
Play Store atau scan
QR code ini.
goo.gl/82yD3g
Rajah 4.43 Paparan profil pemain
Penggunaan subatur cara seperti function dan procedure
sesuai untuk pelaksanaan tugas yang khusus atau berulang
kali dalam satu atur cara yang sama atau dalam atur cara yang
berlainan. Ini menjadikan kod arahan seluruh atur cara menjadi
lebih kemas, teratur, sistematik, bersifat modular dan lebih
mudah dinyahpepijat serta diselenggara.
Penggunaan function dan procedure dalam menghasilkan suatu atur cara merupakan satu
pendekatan yang harus dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran ini akan membolehkan murid
memainkan peranannya sebagai team player dalam menghasilkan atur cara yang bertaraf
komersial.
Dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan, function dan procedure mempunyai
persamaan dan perbezaan yang jelas dari segi takrifan dan kegunaan. Dalam bahasa
pengaturcaraan Python, procedure tidak wujud kerana procedure dianggap sebagai implicit
function. Procedure Python tetap memulangkan nilai None walaupun memainkan peranan
168

