Page 213 - BUKU TEKS ASK T3
P. 213

Struktur Kod Arahan  4.2



               Pseudokod atur cara utama
               1 Mula
               2 h1 = panggil inputPengguna(“Masukkan harga kos RM: ”)
               3 h2 = panggil inputPengguna (“Masukkan harga jualan RM:”)
               4 Jika h1 == h2
                 4.1 Papar “Tiada keuntungan.”
               5 Jika tidak
                 5.2 Panggil kiraPeratus(h1, h2)
               6 Tamat jika
               7 Tamat



               Fasa Pengekodan

             Semasa pengekodan, lazimnya  procedure atau  function dihasilkan dahulu
             dan diuji supaya  bebas ralat sebelum  proses penulisan kod atur cara utama
             dimulakan. Dalam fasa ini, algoritma diterjemahkan kepada kod arahan bahasa
             pengaturcaraan yang terpilih. Teknik-teknik pemikiran komputasional masih
             boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian dengan sintaks bahasa pengaturcaraan
             yang digunakan.

                Dalam Contoh 4.19, kod arahan function inputPengguna( ) dihasilkan dan diuji supaya
             bebas ralat sebelum  procedure kiraPeratus( ) dihasilkan kerana output daripada  function
             inputPengguna( ) akan menjadi input kepada procedure kiraPeratus( ). Apabila kod procedure
             kiraPeratus( ) diuji dan didapati bebas ralat, baharulah penulisan kod atur cara utama
             dimulakan. Proses ini ditunjukkan dalam peta alir di bawah:



                        Function                    Procedure                  Kod atur cara
                    inputPengguna( )              kiraPeratus( )                  utama


                                 Rajah 4.61  Proses penghasilan atur cara Contoh 4.19

               Langkah 1       Mengekod function inputPengguna


             Anda harus menentukan jenis data input yang diterima oleh parameter, proses dan output
             bagi function ini sebelum mengekod.

                    inputPengguna.py - C:\Documents\Tutorial Python\inputPengguna.py (3.6.5)
                 File  Edit  Format  Run  Options  Window  Help
                 # Function inputPengguna
                 def inputPengguna(mesejInput):
                    print(mesejInput)
                    harga = float(input())
                    return harga


                                                                                         Ln: 6   Col:0
                                       Rajah 4.62  Kod function inputPengguna
                                                                                                203
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218