Page 226 - BUKU TEKS ASK T3
P. 226

4.  Kaji dan uji kod arahan berikut secara manual.

                 def cetak(teks, bilangan):
                      while bilangan > 0:
                          print(teks)
                      bilangan = bilangan - 1
                 cetak(“Salam”, 4)

                (a)  Apakah output yang diperoleh?
                (b)  Apakah kelemahan kod ini?
                (c)  Baiki dan tuliskan semula kod yang telah dibaiki.
           5.  Hasilkan satu atur cara yang menggunakan function untuk menyusun secara songsang
                rentetan yang diberikan.
                Contoh rentetan: “1234abcd”
                Output: “dcba4321”

           Soalan Penyelesaian Masalah

           1.  Guru yang menguruskan biasiswa di sekolah anda telah mengalami masalah untuk
                mendapatkan maklumat murid yang layak menerima biasiswa dengan cepat.
                Sebagai murid yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer, anda diminta
                untuk membangunkan Sistem Maklumat Biasiswa (SMB) supaya dapat membantu
                guru tersebut. SMB perlu menjana laporan yang mengandungi ID Murid, Nama
                Murid, Nama Kelas, Gred A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
                Matematik dan Sains. Dalam proses membangunkan sistem tersebut. Jawab
                soalan-soalan berikut.
                (a)  Bina pangkalan data yang mempunyai dua jadual yang dinamakan MURID
                    dan PENCAPAIAN. Pangkalan data tersebut perlu meyimpan ID Murid,
                    Nama Murid, Nama Kelas, Gred Bahasa Melayu, Gred Bahasa Inggeris,
                    Gred Matematik, dan Gred Sains.
                (b)  Bina hubungan bagi dua jadual yang dibina.
                (c)  Masukkan enam rekod dalam jadual MURID dan PENCAPAIAN.
                (d)  Masukkan sekurang-kurangnya dua rekod bagi Nama Kelas yang sama.
                (e)  Hasilkan pertanyaan yang menghubungkan dua jadual. Pertanyaan tersebut perlu
                    berupaya untuk mendapatkan data bagi ID Murid, Nama Murid, Nama Kelas
                    dan Gred A.
                (f)  Hasilkan satu borang berdasarkan jadual-jadual di (a). Berikan nama yang sesuai
                    bagi borang-borang tersebut.
                (g)  Hasilkan laporan berdasarkan pertanyaan di (e). Laporan perlu memaparkan
                    ID Murid, Nama Murid, Nama Kelas dan Gred A bagi semua mata pelajaran.
           2.  Tuliskan satu atur cara bagi permainan meneka nama buah-buahan yang dipilih secara
                rawak oleh komputer daripada satu senarai buah-buahan. Nama buah-buahan itu
                ialah epal, oren, ciku, limau, durian, delima, zaitun dan pisang. Dalam permainan ini,
                bilangan tekaan dihadkan kepada panjang nama buah-buahan yang sedang diteka.
                Atur cara anda harus boleh menggunakan built-in functions dan user-defined functions
                yang sesuai untuk berinteraksi dengan pengguna.

          216
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231