Page 44 - BUKU TEKS ASK T3
P. 44
Pembelajaran 2.1.3 Menghasil dan Menterjemah Mesej
Menggunakan Kaedah Sifer
Murid boleh:
2.1.3 Menghasil dan Julius Caesar telah memperkenalkan satu kaedah sifer sekitar
menterjemah mesej 100 tahun Sebelum Masihi (SM). Sifer yang dicipta oleh Julius
menggunakan kaedah Caesar ini bertujuan untuk menghantar mesej dan pesanan
sifer seperti berikut: kepada semua pegawainya dengan menggunakan huruf ketiga
(i) Reverse cipher daripada huruf-huruf Roman yang asal. Selain itu, kod Morse
(ii) Substitution juga dibangunkan sebagai suatu sifer. Kod Morse menggunakan
cipher
(Caesar Cipher, telegraf untuk menghantar pesanan semasa peperangan.
Pigpen Cipher) Sebuah mesin yang dikenali sebagai Enigma, iaitu mesin yang
(iii) Transposition menggunakan sistem sifer dan kunci yang sangat kompleks
cipher telah digunakan semasa Perang Dunia ke-2. Kesemua contoh
ini menggunakan kaedah sifer untuk menghantar mesej kepada
penerima tanpa diketahui oleh pihak lain.
Dalam topik ini, kita akan mempelajari cara-cara untuk
menghasilkan dan menterjemah mesej menggunakan kaedah
sifer. Kaedah-kaedah sifer yang akan dipelajari adalah seperti
ditunjukkan dalam Rajah 2.5.
KAEDAH-KAEDAH SIFER
Reverse cipher Substitution cipher Transposition cipher
• Caesar Cipher
• Pigpen Cipher
Rajah 2.5 Kaedah-kaedah sifer yang akan dipelajari
(i) Reverse cipher
2.3
Reverse cipher ialah satu kaedah sifer yang paling mudah. Hal
Adakah kunci penyulitan
atau kunci nyahsulit ini demikian kerana kaedah ini menggunakan cara songsangan
diperlukan bagi Reverse untuk menyulitkan mesej. Terdapat tiga jenis Reverse cipher.
cipher? Jadual 2.1 menunjukkan cara-cara dan penerangan kepada tiga
jenis Reverse cipher.
34

