Page 264 - BUKU TEKS SK T4
P. 264
?
Pengesahan data diperlukan untuk memastikan data yang dimasukkan
adalah dalam format yang sesuai dan berada dalam julat yang logikal. Hal ini Tahukah
adalah penting untuk integriti data. Anda
Pengesahan bagi setiap
medan boleh dibuat
dengan menggunakan
Validation Rule. Terdapat
dua jenis Validation Rule
iaitu Validation Rule untuk
atribut dan Validation Rule
untuk rekod.
Validation Rule untuk
Rajah 2.65 Pengesahan input yang rambang atribut
• Validation Rule untuk
Dalam rajah di atas, kelihatan nilai bagi noPinjaman 9, pengguna atribut memastikan
memasukkan idPeminjam yang tidak menepati format 6-digit bagi nombor data yang dimasukkan
dalam atribut mematuhi
yang ditetapkan. Kesilapan memasukkan data seperti contoh di atas dapat kriteria data input.
diatasi atau dikurangkan dengan menggunakan pengesahan data sewaktu
kemasukan dilakukan. Validation Rule untuk
rekod
Pengesahan dibuat menggunakan ungkapan yang dimasukkan oleh • Validation Rule untuk
pengguna ke dalam Access. Pengesahan boleh dibuat bagi setiap atribut, rekod merujuk atribut
lain dalam jadual
dengan menggunakan Validation Rule. Ungkapan Validation Rule ialah yang sama sewaktu
ungkapan boolean. Hasil ungkapan yang digunakan adalah True atau membuat pengesahan.
False sahaja. Sekiranya ungkapan menilai input pengguna kepada False, Ini melibatkan
Access tidak akan menyimpan input pengguna sebagai rekod tetapi akan perbandingan dua atau
prom pengguna supaya memasukkan nilai baharu. lebih atribut dalam
jadual yang sama.
2.3.4 Penghasilan Query untuk
Mendapatkan Maklumat
Semula
Pangkalan data mengandungi jumlah rekod data yang sangat banyak, iaitu
daripada puluhan ke ribuan baris. Hal ini demikian kerana, data sentiasa
dikumpulkan daripada pelbagai aktiviti yang memerlukan penyimpanan
data. Data yang disimpan mungkin terdiri daripada data lama yang dikutip
beberapa tahun terdahulu. Hal ini menyebabkan kesukaran membuat
carian. Kebanyakan carian memerlukan data tertentu sahaja disebabkan
oleh tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pengguna.
Contoh
Pangkalan data perpustakaan mengandungi rekod buku, peminjam dan
pinjaman untuk semua murid sekolah. Seorang pustakawan ditugaskan
untuk menghasilkan:
BAB 2 PANGKALAN DATA 255

