Page 18 - BUKU TEKS ASK T1
P. 18

1.1.3   Pengecaman Corak dalam Sesuatu Situasi


                 Pengecaman corak merupakan satu teknik yang boleh dilakukan antara masalah-masalah
                 yang berlainan atau antara bahagian kecil dalam masalah yang sama. Pengecaman corak
                 membolehkan  kita  menghasilkan  satu  idea  yang  boleh  digunakan  untuk  menyelesaikan
                 masalah lain yang mempunyai persamaan. Masalah yang mempunyai corak yang sama akan
                 lebih mudah diselesaikan kerana kita boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah
                 yang sama.
                    Rajah 1.8 menunjukkan satu simulasi pergerakan untuk menyusun empat murid mengikut
                 nombor pada jersi dengan urutan menaik. Bolehkah anda mengecam corak pergerakan tersebut?


                                          7                 5                1                 2
                         Kedudukan
                            awal



                                                       5    7                1    2
                         Langkah 1




                                                5                 1    7                 2
                         Langkah 2



                                                       1    5                2    7
                         Langkah 3




                                          1                       2    5                       7
                         Langkah 4




                                                       1    2                5    7
                         Langkah 5





                         Kedudukan        1                 2                5                 7
                            akhir


                                       Rajah 1.8  Siri pergerakan untuk menyusun nombor

                                                                                                   9
                                                     BAB 1   Konsep Asas Pemikiran Komputasional





       UNIT01_1.1_2-18.indd   9                                                                        9/22/16   11:46 AM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23