Page 70 - BUKU TEKS ASK T1
P. 70

Jadual 2.15 menunjukkan hubungan antara unit bit, bait, kilobait, megabait, gigabait
                 dan terabait.

                            Jadual 2.15  Hubungan antara bit, bait, kilobait, mengabait, gigabait dan terabait
                     Unit             Penerangan                             Contoh
                 1 bit        Unit data yang paling kecil  0 ialah satu data bit; 1 ialah satu data bit

                 1 bait       8 bit                      Satu mesej yang bersaiz 100 bait mengandungi
                                                         100 aksara.
                 1 kilobait   1024 bait                  Satu mesej yang bersaiz 1 KB mengandungi
                                                         1024 aksara.
                 1 megabait 1 048 576 bait               Fail audio MP3 berdurasi 3 minit bersaiz lebih
                                                         kurang 3 megabait.
                 1 gigabait   1 073 741 824 bait         1 gigabait storan boleh menyimpan hampir
                                                         300 lagu MP3 berdurasi 3 minit setiap lagu.

                 1 terabait   1 099 511 627 776 bait     1 terabait storan boleh menyimpan hampir
                                                         100 fi lem DVD yang berkualiti tinggi.


                     Contoh 2.14
                 Gambar foto kebun teh Cameron Highland di bawah mempunyai resolusi 300 dpi dan
                 berukuran 17 inci × 13 inci.



















                 Lebar gambar   =  17 × 300 = 5100 piksel
                 Panjang gambar  =  13 × 300 = 3900 piksel
                 Jumlah piksel  = Lebar gambar × Panjang gambar
                                =  5100 × 3900
                                =  19 890 000 piksel
                 Imej skala kelabu                          Setiap piksel imej berwarna dibentuk daripada
                 1 piksel = 8 bit = 1 bait                  tiga warna asas iaitu merah, biru dan hijau, maka
                                                            1 piksel = 3 bait
                 Saiz fail bagi imej skala kelabu           Saiz fail bagi imej berwarna
                 = 19 890 000 piksel × 1 bait = 19 890 000 bait  = 19 890 000 piksel × 3 bait
                 = 19 890 000 ÷ 1024 = 19 423.83 kilobait   = 59 670 000 bait
                 = 19 423.83 ÷ 1024 = 18.97 megabait        = 59 670 000 ÷ 1024 = 58 271.48 kilobait
                                                            = 58 271.48 ÷ 1024 = 56.91 megabait

                                                                                                   61
                                                                        BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.2_39-67.indd   61                                                                      9/22/16   11:41 AM
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75