Page 8 - BUKU TEKS ASK T1
P. 8

Pendahuluan







                 Buku Teks  Asas Sains Komputer Tingkatan 1  ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard
                 Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas Sains Komputer Tingkatan 1. Kurikulum Standard
                 Sekolah Menengah (KSSM) memberi fokus kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran
                 dan nilai yang sesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan Standard Kandungan,
                 Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang disusun dalam DSKP. Pernyataan
                 Standard Kandungan ini merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut diketahui
                 oleh murid dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
                 pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan suatu penetapan
                 kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur secara lebih
                 spesifik bagi setiap standard kandungan.

                    Buku ini memberi  penekanan kepada strategi pengajaran  dan pembelajaran dalam
                 Asas Sains Komputer. Pelbagai aktiviti dirancang berpandukan pembelajaran berasaskan
                 inkuiri yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid. Pembelajaran kendiri
                 adalah diutamakan dalam buku ini supaya murid dapat mentaksir pembelajaran sendiri.
                 Strategi ini menggalakkan inisiatif murid dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab
                 terhadap pembelajaran.


                    Elemen Merentas Kurikulum (EMK) telah diterapkan dalam proses pengajaran dan
                 pembelajaran Asas Sains Komputer yang mana penggunaan bahasa pengantar yang betul
                 diberikan keutamaan. Semangat patriotik dan nilai-nilai murni juga dapat dipupuk. Ciri-ciri
                 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga turut diterapkan dalam buku ini.

                    Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diberi penekanan semasa penyediaan
                 buku  ini.  Konsep  ini  bertujuan  menerapkan  ciri-ciri  berfikir  secara  kreatif,  kritis,  logik
                 dan metakognitif agar murid mampu memberikan penjelasan, membuat keputusan,
                 menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta  dan menunjukkan hasil akhir  mengikut
                 konteks yang diperlukan.


                    Dalam usaha meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir ke arah menghasilkan
                 murid yang berfikiran kritis dan kreatif serta inovatif, buku ini telah menggunakan empat
                 daripada lapan Peta Pemikiran dalam penerangan. Peta Pemikiran yang digunakan termasuk
                 peta bulatan, peta buih, peta dakap dan peta alir.











                                                                                                   v
                                                                                   Pendahuluan





       Pendahuluan_v-vi.indd   5                                                                       8/23/16   10:03 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13