Page 286 - PERANCANGAN STRATEGIK SMK ROSLI DHOBY
P. 286
Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM 2021-2025
KLUSTER ASRAMA
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan yang cemerlang memang menjadi tanda aras untuk sesebuah sekolah. Dengan ini,
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak bagi merealisasikan pendidikan
selaras dengan kehendak masa kini iaitu pembangunan modal insan. Asrama merupakan
medium yang sesuai dalam sesebuah sekolah untuk membentuk modal insan yang berjaya
dalam dunia yang serba moden ini. Hal ini disokong dengan keberadaan pelajar asrama berada
di sekolah lebih banyak berbanding pelajar harian biasa. Ini seterusnya memberi mereka peluang
untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih baik berikutan adanya kemudahan seperti
perpustakaan sekolah, guru-guru, warden dan rakan sebaya yang boleh membantu dalam setiap
permasalahan mereka. Melalui pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
telah di umumkan oleh Menteri Pendidikan baru-baru ini telah menyenaraikan tranformasi
asrama sebagai salah satu daripada lapan anjakan yang diperkenalkan. Untuk merealisasikan
matlamat tersebut, pihak Pengurusan Hal Ehwal Murid telah merangka beberapa strategi serta
program bagi memenuhi tuntutan dan harapan pihak sekolah dalam menangani isu-isu yang
berkaitan pelajar asrama. Diharapkan dengan adanya perancangan strategik serta program yang
dirangka dan dijalankan akan memartabatkan diri pelajar setaraf dengan kecemerlangan
akademik dan kokurikulum.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pencapaian Kurikulum dan Kokurikulum pelajar asrama .
2.2 Meningkatkan kualiti asrama.
2.3 Membentuk sikap dan nilai murni pelajar asrama seterusnya mengurangkan kes disiplin
asrama.
2.4 Meningkatkan prasarana asrama.
2.5 Menyediakan modal insan yang berkualiti untuk berbakti kepada Negara
3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : En. Tan Kok Aun (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En.Stephen Ting Tieu Hock (Penolong Kanan HEM)
Penyelaras I : Pn. Nur Masniah Bt. Abdullah (Penyelia Asrama)
Penyelaras II : Pn.Hanti Binti Yassin
Setiausaha : Pn. Nur Lydia Shilton Bin Jame (Warden 1)
Dilimi
AJK : Pn. Azizah Pawi (PK Pentadbiran )
: Cik Judy Anak Hillary Chukan (PK Ko-Kurikulum)
: En. Leonardo Bin Edmund Ekau (Penolong Kanan
Tingkatan Enam )
: Pn Chong Kin Hung (Ketua Guru Disiplin)

