Page 4 - PERANCANGAN STRATEGIK SMK ROSLI DHOBY
P. 4

PERANCANGAN STRATEGIK SMK ROSLI DHOBY                                                                        2021-2025



                                                                                                       Latar Belakang Sekolah



                     Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby (SMKRD) telah ditubuhkan pada tahun 1973. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Bandar
                     Sibu  dan  satu-satunya  Sekolah  Menengah  Kerajaan  pada  masa  itu.  Pada  awal  penubuhannya,  sekolah  ini  pernah  menumpang  bangunan  di  Sekolah

                     Menengah Bantuan Tung Hua sebelum mendapat bangunannya sendiri di tapak sekarang. Pada ketika itu, terdapat 2 buah kelas yang mengandungi 62

                     orang pelajar dan 4 orang guru.


                                 Selepas  itu,  SMK  Rosli  Dhoby  berpindah  ke  tapak  baru  pada  Januari  1974.  Tapak  baru  ini  telah  dirasmikan  oleh  YAB  Dato  Seri  DR.  Mahathir

                     Mohamad (Menteri Pendidikan Malaysia) pada 28 April 1975. Mulai dari tarikh perasmian, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kerajaan Rosli Dhoby

                     sempena nama seorang tokoh pejuang kemerdekaan Sarawak yang bernama Rosli Dhoby. Allahyarham Rosli Dhoby dihukum mati kerana telah membunuh
                     Gabenor Sarawak ketika itu, Sir Duncan Steward.



                                 Pada tahun 1975 (Aliran Bahasa Inggeris) kumpulan pertama pelajar Tingkatan 3 seramai 58 orang telah menduduki Sarawak Junior Examination.

                     Pada tahun 1976 (Aliran Bahasa Malaysia) kumpulan pertama bagi sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Pada tahun 1976, sekolah ini
                     telah menerima kumpulan pertama pelajar asrama berikutan dengan bilangan pelajar dan kakitangan sekolah telah meningkat tahun demi tahun. Pada

                     tahun 1976 juga sekolah ini telah diperkenalkan kepada 2 sesi persekolahan iaitu Sesi Pagi dan Sesi Petang. Pada masa itu, aktiviti sukan sekolah juga

                     diperkenalkan.


                                Pada tahun 1977 Persatuan Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Rosli Dhoby telah ditubuhkan untuk membantu pihak sekolah  memberi didikan sebaik

                     mungkin kepada semua para pelajar. Pada tahun yang sama Koperasi SMK Rosli Dhoby berhad telah diwujudkan.



                                Seramai 70 orang pelajar dalam jurusan sastera telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) buat julung kalinya pada
                     tahun 1986. Sementara kumpulan pelajar tingkatan enam jurusan sains mula diterima pada tahun 1988.



                                Sehingga hari ini SMK Rosli Dhoby mengendalikan program pendidikan dari peringkat tingkatan peralihan sehinggalah ke tingkatan enam , Program

                     PPKI  (Masalah Pendengaran) dan Kelas Rancangan Khas (KRK).

















                                                                                                                                                                                                   2 | BE S T R O N G
   1   2   3   4   5   6   7   8   9