Page 117 - RBT Thn 6
P. 117

Draf Modul Pengajaran
                          Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI PENGAJARAN  Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN     Guru menunjukkan gambar alatan tangan dan bersoal jawab
                     dengan murid.
                     a. Antara berikut, alatan manakah yang digunakan untuk

                         mengukur, menanda dan memotong?
                     b. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada

                          hari ini.

                     Langkah 1
                     1. Murid merujuk kepada lukisan projek kumpulan masing-

                         masing.
                     2. Murid mengambil alatan dan bahan yang diperlukan untuk

                         membuat projek.

                     Langkah 2
                     Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda bahan projek
                     dengan teknik yang betul.

                     Langkah 3
                     Murid melakukan aktiviti memotong bahan projek dengan teknik
                     yang betul.

                     Penutup
                     1. Murid membersihkan meja kerja dan menyimpan semula

                         alatan.
                     2. Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN            Guru menilai ketepatan bahan yang telah dipotong.
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN          Murid sudah melakukan aktiviti mengukur, menanda dan
SEDIA ADA MURID      memotong pada pembelajaran yang lepas.

REFLEKSI

                     109
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122