Page 21 - RBT Thn 6
P. 21

Draf Modul Pengajaran
                         Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI PENGAJARAN  Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN     Guru menunjukkan kit model elektromekanikal seperti kren, lif
                     dan kereta kabel dengan memfokuskan kepada pergerakan
                     motor dan gear; motor, takal dan tali sawat serta motor gegancu
                     dan rantai.

                     Langkah 1
                     1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru

                        mengedarkan komponen sistem asas elektromekanikal
                        kepada setiap kumpulan seperti
                        i. motor dan gear;
                        ii. motor, takal dan tali sawat; dan
                        iii. motor, gegancu dan rantai.

                     2. Murid diajar mengenai nama dan fungsi komponen seperti
                        (Lampiran 1)
                        i. motor dan gear;
                        ii. motor, takal dan tali sawat; dan
                        iii. motor, gegancu dan rantai.

                     3. Murid melengkapkan lembaran kerja mengenai nama dan
                        fungsi komponen sistem asas elektromekanikal yang
                        diedarkan oleh guru.

                     4. Murid melabelkan sistem asas elektromekanikal yang
                        terdapat pada gambar yang diedarkan.

                     5. Murid membuat pembentangan mengenai salah satu
                        sistem asas elektromekanikal.

                     Penutup
                     Murid dan guru membuat rumusan terhadap persembahan
                     setiap kumpulan.

PENILAIAN            Guru menilai hasil kerja murid untuk pemarkahan.
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN          Murid telah mempelajari sistem elektromekanikal kit model
SEDIA ADA            semasa di tahun 5.

REFLEKSI

                     13
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26