Page 35 - RBT Thn 6
P. 35
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6
AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN Murid diminta menjawab beberapa soalan yang berkaitan
DAN PEMBELAJARAN dengan pelajaran yang lalu.
a. Apakah alatan dan bahan yang telah dipelajari pada
pelajaran yang lepas?
Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran
pada hari ini.
Langkah 1
1. Murid diminta merujuk kepada lakaran projek
elektromekanikal yang telah dibuat.
2. Murid diberi penerangan mengenai tiang projek (bahagian A).
3. Murid menyediakan alatan dan bahan yang
diperlukan untuk membuat bahagian projek (bahagian A).
Langkah 2
1. Murid diajar cara menggunakan alatan untuk aktiviti
mengukur, menanda dan memotong.
2. Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan
memotong berpandukan lakaran. (KBAT)
3. Murid melakukan aktiviti mengukur, menanda dan
memotong dengan bimbingan guru.
Penutup
Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.
PENILAIAN Guru membuat penilaian hasil kerja dan memberi penghargaan
PENGAJARAN DAN pada murid.
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN Murid pernah melakukan aktiviti memotong dan menanda pada
SEDIA ADA MURID tahun 4.
REFLEKSI
27

