Page 58 - RBT Thn 6
P. 58

Draf Modul Pengajaran
                      Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI          Set Induksi
PENGAJARAN        Guru menunjukkan projek contoh yang lengkap dengan sistem
DAN PEMBELAJARAN  asas elektromekanikal. Murid bersoal jawab dengan guru
                  tentang sistem pergerakan pada projek.

                  Langkah 1
                  Guru menunjukkan cara memasang sistem elektromekanikal
                  pada projek.

                  Langkah 2
                  1. Murid mengambil komponen elektromekanikal, bahan

                       dan alat tangan yang diperlukan.
                  2. Murid memasang pengikat motor.
                  3. Murid meletakkan motor pada pengikat motor.
                  4. Murid memasang takal pada tiang.
                  5. Murid memasang pemegang bateri di bahagian bawah

                       tapak.
                  6. Murid memasang suis dan membuat pendawaian. (KBAT)
                  7. Murid memasang tali sawat pada motor dan takal.
                  8. Murid memasang tali sawat pada kren.

                  Penutup
                  Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN         Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan memberi
PENGAJARAN DAN    penghargaan pada projek yang telah siap sepenuhnya dan
PEMBELAJARAN      berfungsi.

PENGETAHUAN       Murid pernah melakukan aktiviti komponen ada kit model.
SEDIA ADA MURID

REFLEKSI

                  50
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63