Page 159 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 159
BAB 7:PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
Secara umumnya, campur tangan Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam masyarakat
kerana kehilangan hak dan kedudukan, cukai yang tinggi serta peraturan yang membebankan
Matlamat Perjuangan
i. Mempertahankan hak & kedudukan pemerintah
ii. Mengembalikan & mengekalkan sistem pentadbiran tradisional sedia ada
iii. Menentang pentadbiran & peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan
Bentuk Penentangan
i. Penentangan bersenjata
ii. Mencabar perjanjian
iii. Menggunakan sistem perundangan
Penentangan Bersenjata
Penentangan bersenjata terhadap British diketuai oleh golongan bangsawan tempatan, pembesar-pembesar
tempatan dan pemimpin agama yang tidak puas hati dengan pembaharuan yang dibuat British
Penentangan bersenjata pada abad ke-19 dilakukan oleh :
i. Dol Said di Naning
ii. Yamtuan Antah di Negeri Sembilan
iii. Dato' Bahaman di Pahang
iv. Rentap di Sarawak
v. Sharif Masahor di Sarawak
Penentangan bersenjata pada abad ke-20 dilakukan oleh :
i. Tok Janggut di Kelantan
ii. Mat Salleh dan Mat Sator di Sabah
Penentangan Dol Said di Naning
Latar Belakang Sebab Penentangan Peristiwa Penentangan
• Abdul Said bin i. Menentang • Bermuafakat dengan Yamtuan Muda Raja Ali Rembau,
Omar bayaran cukai Pembesar Seri Menanti, Penghulu Gemenceh, Dato'
• Dikenali hasil tahunan Kelana Sg Ujong, Penghulu Remai dan Rechat, Penghulu
Penghulu sebanyak 10% Linggi, Johol dan Ulu Muar untuk menentang British
Naning Seri oleh British • Dol Said berjaya mengumpul 4000 hulubalang Melayu
Merah Raja Dol ii. Mendakwa • 1831 dalam Perang Naning Pertama, kemenangan
Said Naning negeri berpihak kepada Dol Said
• Berasal yang merdeka • British berjaya memecahbelah permuafakatan itu dan
daripada suku menang dalam Perang Naning kedua.(1832)
Semelenggang • British berjaya takluki Tabuh dan satukan Naning
dengan Melaka
1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3

