Page 175 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 175

BAB 7:  PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN




                 7.3  Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat

                     Pelbagai strategi digunakan oleh masyarakat tempatan menentang British. Kebangkitan ini
                       mempunyai kekuatan dan kelemahan


                     Peringkat  awalnya  menunjukkan  kejayaan  sebelum  British  bertindak  agresif  menghapus
                       penentangan masyarakat tempatan

                     Kekuatan  - Muafakat ,Kubu Pertahanan ,  Persenjataan   dan Perundangan

                     Kelemahan - Penentangan Bersenjata , Ancaman Perundang Barat, Gagal Tafsir Perjanjian
                       dan Tipu muslihat




               Kekuatan

                   1.  Muafakat

                     Dato’ Maharaja Lela
                            Pada  16  Okt  1874,  Sultan  Abdullah,  Ngah  Ibrahim,  Dato’  Maharaja  Lela,  Dato’
                              Sagor dan pembesar Melayu mengadakan pakatan sulit menghapuskan J.W.W.Birch
                            Pada    21  Julai  1875  mesyuarat  penting  diadakan  di  Durian  Sebatang  diikuti
                              mesyuarat di rumah Dato’ Sagor dan Istana Sultan Ismail di Belanja
                            Setelah tujuh kali mesyuarat, akhirnya mereka berjaya membunuh J.W.W.Birch di
                              Pasir Salak

                     Sharif Masahor
                            Berjaya menyerang Kanowit dengan bantuan Dato’ Patinggi Abdul Gapur

                            Pakatan ini berjaya membunuh dua orang pegawai British
                            Brooke tidak dapat membuktikan beliau terlibat dalam pakatan tersebut


                   2.  Kubu Pertahanan

                     Yamtuan Antah

                            Kekuatan  kubu  di  Paroi  dan  Bukit  Putus  yang  terletak  di  atas  bukit  yang  tinggi,
                              terdapat halangan ranjau dan pokok tumbang serta berbukit bukau dikelilingi hutan
                              tebal


                      1  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180