Page 212 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 212

Melambatkan Perluasan Kuasa British

              •  Undang-Undang  Tubuh  Kerajaan  Johor  dan  Undang-Undang  Bagi  Diri  Terengganu  berjaya
                 membantutkan  cita-cita British meluaskan kuasa   ke negeri tersebut
              •  Undang-Undang tersebut mengawal pemerintah daripada menyerahkan negeri kepada kuasa asing

              •  British hanya berjaya lantik Penasihat Am British setelah mendesak Sultan Ibrahim Johor dan Sultan
                 Muhammad II  di  Terengganu




          Kemajuan   Pendidikan

              •  Kemudahan pendidikan bukan keutamaan British terutama pendidikan wanita
              •  British lebih pentingkan  eksploitasi ekonomi

              •  Desakan  sultan  melalui  Durbar,  membawa  kepada  penubuhan  banyak  sekolah  terutama  sekolah
                 perempuan




          Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja

              •  Ditubuhkan  inisiatif  dan  cadangan  raja  dan  pembesar  melalui  Durbar  dan  Majlis  Perundangan
                 Persekutua
              •  Tujuan  penubuhannya  ialah  keperluan  pasukan  bersenjata  yang  dianggotai  oleh  anak  watan  bagi
                 memelihara kedaulatan dan keselamatan negara
              •  Kompeni Percubaan diwujudkan di Port Dickson, Negeri Sembilan (1933), kemudiannya menjadi
                 Rejimen Askar Melayu(1935)

              •  Ia menjadi asas penubuhan tentera  Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)



          Pegawai Tadbir Melayu

              •  Skim Perkhidmatan Tadbir Melayu (PTM) diwujudkan untuk melatih orang Melayu menceburkan diri
                 dalam pentadbiran
              •  PTM merupakan hak raja bagi kepentingan anak-anak
              •  Ini bertujuan untuk mendapatkan kerjasama  elit Melayu bagi mengekalkan kedudukan British di
                 negeri-negeri Melayu

              •  Pegawai-pegawai  PTN  boleh  dinaikkan  pangkat  dan  dipindahkan  ke  Perkhidmatan  Awam  Tanah
                 Melayu (PATM) dan menduduki jawatan-jawatan tinggi






                  2  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 3
   207   208   209   210   211   212   213