Page 25 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 25
1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita
Kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita. Contohnya:-
Portugis guna strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka
Belanda guna strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk
mendapatkan tanah jajahan
British guna strategi bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat
British mula mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan selepas Parti
Konservatif mengambil alih pentadbiran daripada Parti Liberal
Dasar campur tangan ini dipengaruhi oleh desakan pedagang untuk melindungi kepentingan
pelaburan mereka dan kepentingan ekonomi British
Gabenor Harry Ord telah digantikan oleh Andrew Clarke untuk memaksa pemerintah tempatan
menerima naungan dan campur tangan British
Strategi Belanda
1) Serangan Fizikal
i. Menyerang Pulau Pangkor (1650) dan Kuala Perak (1651) disebabkan monopoli bijih timah
oleh Belanda.
ii. Berperang dengan Selangor dan Rembau (1763) kerana bimbang penguasaan Selangor
terhadap Selat Melaka
iii. Berperang dengan Johor (1782) disebabkan perselisihan perdagangan
iv. Berperang dengan Johor dan Selangor (1784) kerana perebutan perairan Selat Melaka
2) Perjanjian
i. 1650 perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah
ii. 1786 perjanjian dengan Selangor, Sultan Ibrahim setuju jual bijih timah
3) Pakatan
i. 1641 berpakat dengan Johor mengalahkan Portugis di Melaka
ii. 1824 berpakat dengan British menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda
10 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020

