Page 35 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 35
Perebutan Takhta Kerajaan Kedah
Berlaku pertikaian dan perebutan takhta dalam kalangan pembesar telah mengancam
kedaulatan Kedah. Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah
sebagai Raja Muda Kedah
Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah
bukan anak gahara
Tindakan kerabat diraja ialah: mereka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang
Sultan Muhammad Jiwa
Sultan Muhamad JIwa memohon bantuan tentera daripada SHTI untuk mempertahankan
kedaulatan negeri daripada serangan Bugis
SHTI menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad JIwa .Rundingan
gagal kerana SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada ancaman
musuh.
Ancaman Siam
Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam semasa Siam berperang dengan
Burma
Selepas perang Siam menuntut Sultan Kedah menghantar ufti
Sultan kedah yang terancam dengan tuntutan Siam. Untuk memelihara kedaulatan Kedah
dan kesejahteraan rakyat, tindakan Sultan Abdullah ialah : mendapat bantuan ketenteraan
dari SHTI
Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI dengan syarat member bantuan
ketenteraan
Baginda meminta Francis Light menyampaikan permintaannya kepada Gabenor Jeneral SHTI
di India
Tipu Helah Francis Light Menduduki Pulau Pinang
Francis Light menyedari kedudukan strategic Pulau Pinang dan berjanji SHTI akan memenuhi
syarat yang diminta Sultan Kedah
Sultan Abdullah berpegang pada janji tersebut menawarkan Francis Light membuka
petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786.
Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island.
Petempatan ini dinamakan Georgetown sempena nama Raja England.
4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 -2020

