Page 44 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 44

Perluasan Kuasa British Di Melaka


            British dapat menguasai Melaka melalui strategi pakatan dengan Belanda
            Faktor yang membawa kepada pakatan antara dua kuasa ini ialah:
                i.   Untuk menamatkan pertikaian di Alam Melayu
                ii.   Mengukuhkan persahabatan di Eropah
               iii.   Penyelesaian untuk perdamaian

      Menamatkan Pertikaian British dan Belanda Berkaitan Singapura

            Pendudukan  British  di  Singapura  menimbulkan  pertikaian  dan  menyebabkan  hubungan  antara  British
              dengan Belanda di Alam Melayu semakin tegang
            British  Berjaya  memajukan  Singapura  dalam  tempoh  yang  singkat  dan  bertekat  mempertahankan
              kedudukannya  di  Singapura  kerana  yakin  Singapura  boleh  menjadi  pelabuhan  bebas  dan  pengkalan
              tentera yang penting di Alam Melayu
            Belanda mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya dan menuntut British berundur
              dari  Singapura  kerana  Belanda  bimbang  kemajuan  Singapura  akan  menjejaskan  perdagangannya  di
              Betawi.

      Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah

            Persahabatan di Eropah penting kerana kedudukan Belanda berdekatan dengan Britian.
            British  mengambil  pengalaman  semaa  Perang  Napoleon,  Perancis  menjadikan  Belanda  sebagai
              pengkalan menyerang Britian pada tahun 1795
            Belanda perlu berbaik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang Napoleon



      Penyelesaian Untuk Perdamaian


            Belanda dan british mahu mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan ke-18
            Belanda  tidak  mahu  terbeban  dengan  masalah  kewangan  yang  semakin  lemah  selepas  Perang
              Napoleon. Oleh itu penyelesaian perlu dilakukan melalui rundingan ke arah perdamaian.
            Kesan  pakatan  British  –Belanda  menyebabkan  termetrainya  Perjanjian  London  1824  atau  Perjanjian
              Inggeris-Belanda 1824.
            Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara dua kuasa besar itu demi
              menjaga kepentingan masing-masing di Alam Melayu
            Kandungan perjanjian meliputi wilayah pengaruh, kewangan dan perdagangan. Antara Syarat Perjanjian
              London 1824 ialah:
                I.   British
                          Berundur dari Sumatera
                          Menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
                          Tidak  membuka  petempatan  baharu  di  Kepulauan  Riau  Lingga  dan  kepulauan  lain  di
                            selatan Singapura


              3  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49