Page 53 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 53

Faktor  pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London ialah:-


              1)  Tiada wakil  Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan India yang meluluskan undang-undang
                 bagi Negeri-negeri Selat
              2)  Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal-kapal dagang dan pertelingkahan
                 kumpulan Cina Negeri-negeri Selat
              3)  Mata wang rupee India menggantikan mata wang Dolar Sepanyol di Negeri-negeri Selat
              4)  Cadangan  mahu  mengenakan  cukai  pelabuhan  di  Negeri-negeri  Selat  akan  menjejaskan
                 kemakmuran taraf pelabuhan bebas
              5)  Imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan terjejas kerana Pejabat India menjadikan NNS
                 tempat buangan banduan



                Pada 1 Apri 1867, Negeri-negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British dan diletakkan di
                 bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan London
                Majlis Perundangan ditubuhkan di Negeri-negeri Selat untuk meluluskan undang-undang sendiri.
                Majlis Eksekutif pula berperanan menguruskan hal pentadbiran
                Mohammad Eunos Abdullah merupakan orang Melayu pertama menganggotai Majlis Perundangan
                 Negeri-negeri Selat.

                Iktibar dari peristiwa pembentukan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat ialah:-
                    i.   Kepentingan mempertahankan keistimewaan yang ada di Negara kita daripada dieksploitasi
                        oleh orang asing
                   ii.   Pentadbiran yang sistematik dan urus tadbir yang baik penting bagi melindungi kepentingan
                        Negara kita.
                   iii.   Dalam mempertahankan Negara daripada serangan musuh, kita perlu sentiasa cakna dengan
                        perangcangan strategik kuasa asing
                  iv.   Perancangan  strategik  mendepani  musuh  Negara  hanya  mampu  dicapai  dengan  sikap
                        kerjasama dan permuafakatan sesama warganegara.





          LATIHAN OBJEKTIF


              1.  Mengapakah  British  menggabungkan  Pulau  Pinang,  Singapura  dan  Melaka  menjadikan  Negeri-
                 negeri Selat pada tahun 1826
                    I.   Menyeragamkan pentadbiran                                 A.  I     dan   II
                   II.   Menjimatkan kos perbelanjaan                                   B.  I     dan   IV
                  III.   Memonopoli perdagangan                               C.  II    dan    III
                  IV.   Menghalang kuasa asing lain                           D.  III   dan    IV




                 3  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58