Page 74 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 74

3.3   Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

                 Selepas  pelaksanaan  Sistem  Residen,  British  mengukuhkan  kuasa  di  Perak,  Selangor,  Negeri
                  Sembilan  dan  Pahang  dengan  membentuk  Negeri-Negeri  Melayu  Bersekutu  (NNMB)  melalui
                  Perjanjian Persekutuan 1895.

                 Ciri-Ciri NNMB  ialah:-
                     i.   Merupakan  gabungan  Perak,  Selangor,  Negeri  Sembilan  dan  Pahang  yang  membentuk
                         Persekutuan.  [Persekutuan  ialah  gabungan  beberapa  buah  negeri  di  bawah  satu  unit
                         pentadbiran yang mengandungi kerajaan pusat dan kerajaan negeri]
                    ii.   Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran persekutuan
                    iii.   Raja-Raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali agama
                         Islam dan adat istiadat Melayu
                    iv.   Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran NNMB
                    v.   NNMB juga dikenali sebagai Pesekutuan 1896

                 Faktor-Faktor Pembentukan NNMB ialah:
                      1.  Menyeragamkan pentadbiran
                               Pentadbiran di negeri-negeri ini tidak seragam kerana mempunyai undang-undang
                                 sendiri
                               Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang
                               British perlukan pentadbiran cekap untuk memudahkan eksploitasi ekonomi

                      2.  Mengatasi kelemahan sistem residen
                               Tiada garis panduan yang jelas
                               Residen semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri
                               Raja  dan  pembesar  tidak  puas  hati  kerana  hilang  kuasa  dalam  pentadbiran  dan
                                 pungutan cukai

                      3.  Menjamin keselamatan negeri
                               Penggabungan membolehkan NNMB mempunyai pasukan keselamatan sendiri
                               Menjaga keamanan tanpa bantuan luar

                      4.  Menangani masalah kewangan Pahang
                               Penggabungan  negeri-negeri yang kaya
                               Membantu beban kewangan Pahang









                  3  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan  3  2020
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79