Page 2 - BUKU_PENGURUSAN_DAN_TAKWIM_SEKOLAH_SKBB2_2021
P. 2
SK BATU BERENDAM 2 SKBB2 ULTRA UNGGUL 2021
Sekapur Sirih Seulas Pinang
.
Buat tatapan semua warga pendidik dan ahli kumpulan pelaksana SK Batu Berendam 2,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Melakaku Maju jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia, SKBB 2 Pendidik
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat meneruskan perjuangan yang
diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. Buku
Takwim SK Batu Berendam 2 bagi tahun 2021 berjaya disiapkan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan Buku Takwim ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat kembali
bertugas dan selamat menjadi warga baharu SK Batu Berendam 2 kepada guru-guru baharu yang ditempatkan di
sekolah ini. Semoga kedatangan tahun 2021 akan menyuntik semangat dan keazaman untuk lebih cemerlang dan
ultra unggul dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
Matlamat utama sekolah ialah untuk meningkatkan Kualiti Pengurusan dan Peningkatan Pencapaian
Akademik, Sahsiah Murid dan Kokurikulum ke satu tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat
antarabangsa selaras dengan slogan kita SKBB 2 ULTRA UNGGUL. Pembudayaan ICT dalam pengurusan dan
pembelajaran di bilik-bilik darjah akan membantu meningkatan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah ini.
Amalan bekerja berteraskan MMI (Melindungi Masa Instruksional) diyakini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan
dengan harapan kualiti pendidikan sekolah menjana produk sekolah kerajaaan No. 1 di Malaysia.
Kepada semua warga SKBB 2, saya berharap agar Buku Takwim ini dapat dijadikan sebagai garis panduan
dalam menjalankan tugas seharian agar slogan SKBB 2 ULTRA UNGGUL terus bergemerlapan dengan
kebijaksanaan dan kecekapan warga SKBB 2 yang terserlah serta memiliki daya kepimpinan dengan sahsiah yang
cemerlang dan gemilang berpaksikan keimanan yang utuh kepada Tuhan. Bukan itu sahaja, warga SKBB 2 juga
mempunyai akhlak mulia dalam menerajui keunggulan ilmu dan mendukung visi dan aspirasi pendidikan negara
serta mempunyai nilai ilmu yang perlu dijunjung yang menjadi tunggak kecemerlangan sekolah.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua warga
pendidik SK Batu Berendam 2 dan ahli kumpulan pelaksana sekolah ini yang sentiasa berusaha meningkatkan
mutu kerja dan ke arah peningkatan kualiti dan minda kelas pertama. Bekerjalah dengan tulus ikhlas dan
berintegriti, semoga apa yang kita kerjakan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dan sama-samalah kita
realisasikan hasrat semua untuk melihat SK Batu Berendam 2 terus unggul di peringkat negeri, negara dan
antarabangsa.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
Salam hormat daripada saya,
PN. MASTURA LIM BINTI A. GHANI
Guru Besar,
SK Batu Berendam 2.
2

