Page 28 - BUKU_PENGURUSAN_DAN_TAKWIM_SEKOLAH_SKBB2_2021
P. 28
SK BATU BERENDAM 2 SKBB2 ULTRA UNGGUL 2021
BIDANG TUGASAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Guru bertugas mingguan dikehendaki berada di sekolah selewat-lewatnya 7.10 pagi untuk
mengawasi aktiviti pagi dan mengawasi pintu pagar utama.
2. Guru bertugas mingguan bertanggungjawab ke atas keselamatan murid dan kebersihan
sekolah serta mengambil tindakan segera di atas kejadian dan peristiwa yang berlaku
sepanjang minggu tersebut.
3. Sebarang laporan hendaklah dicatat dengan lengkap di dalam Buku Laporan Bertugas
Mingguan.
4. Guru bertugas tidak dibenarkan pulang lebih awal sehingga semua perkara berkaitan
tugas dibereskan.
5. Ketua Guru Bertugas perlu membuat agihan tugas seperti berikut:
1 guru Seorang mengawasi perhimpunan pagi, membuat pengumuman dan
membuat laporan
1 guru Seorang mengawasi pintu pagar utama (A) sewaktu pagi dan balik
1 guru Seorang mengawasi pintu pagar kecil (B dan C)
2 guru Dua orang guru mengawasi waktu rehat tahap 1
2 guru Dua orang guru mengawasi waktu rehat tahap 2
2 guru Dua orang guru membuat rondaan kawasan persekitaran dan tandas
Ketua bertugas perlu menyiapkan jadual pada hari Jumaat minggu sebelumnya dan satu
salinan perlu dihantar ke pejabat.
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM PAGI
HARI MASA AKTIVITI
ISNIN 7.15 – 7.40 PAGI AMALAN KOMUNIKASI
SELASA 7.15 – 7.40 PAGI BIJAK SIFIR
RABU 7.15 – 7.40 PAGI PROGRAM BAHASA (BM & BI)
KHAMIS 7.15 – 7.40 PAGI SIHAT DAN CERGAS
JUMAAT 7.15 – 7.40 PAGI BACAAN YASSIN
27

