Page 35 - dokumentasi
P. 35
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SUMBER MAKLUMAT YANG
SEMASA UJIAN BOLEH DIRUJUK
Ruang di dalam beg gelap ketika Menambah lampu LED di dalam Internet
hendak mengambil barangan beg
Barang terlalu banyak menyebabkan Meletakkan pembaz untuk Internet
beg menjadi berat mengesan jika barang terlebih
berat
10.0 PENUTUP
Reka Bentuk Fesyen merupakan reka bentuk produk yang dihasilkan dengan tujuan memenuhi gaya
hidup masa kini, dengan mengaplikasikan idea baharu pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian
atau aksesori.
Penghasilan reka bentuk fesyen melibatkan proses pengulangan, peniruan dan inovasi bagi
menghasilkan reka bentuk fesyen yang baharu. Reka bentuk fesyen dipengaruhi oleh budaya dan
sosial.
Populariti sesuatu reka bentuk fesyen berbeza mengikut umur, geografi, pekerjaan dan
komuniti setempat. Oleh itu ianya akan berubah mengikut masa dan situasi sesebuah masyarakat
setempat yang mempengaruhi budaya masa kini.
Hasil daripada daripada penyelidikan berterusan, didapati manusia sering
menghubungkaitkan penyelesaian masalah inventif bagi sesuatu produk yang dihasilkan, dengan ini
kita sering berhadapan dengan produk inovasi daripada kajian penyelidikan penyelesaian masalah
inventif.
Untuk pengkongsian dalam hal ini, beg tangan adalah produk dalam pasaran sedia ada.
Masalah yang dihadapi ialah bahagian penutup beg tersebut, maka perubahan yang saya buat adalah
kepada penutupnya iaitu zip ditukarkan kepada butang bagi memastikan keselamatan supaya peralatan
di dalamnya tidak mudah terjatuh atau terkeluar daripada beg tersebut.
Secara logik, hasil yang saya analisiskan lebih kepada pada penutupnya sahaja. Untuk
memudahkan pengguna menyimpan alat dengan selamat, saya memberi tumpuan kepada bahagian
yang diperlukan setelah penyelesaian masalah inventif. Harapan saya, produk ini akan dapat memenuhi
keperluan semua kategori reka bentuk fesyen sama ada pakaian atau aksesori fesyen itu.
Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua pihak yang
telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya sehingga produk ini berjaya dihasilkan.

