Page 5 - dokumentasi
P. 5
ABSTRAK
Mengenali kepada Reka Bentuk dan Teknologi sebagai instrument
pemasaran, maka tercetusnya atau melahirkan idea baru bagi mengenal
pasti masalah inventif pada setiap hasil produk sedia ada dipasaran.
Maka dengan ini saya telah inovasikan produk sedia ada kepada reka
terbaharu bagi menyelesaikan masalah baharu pada setiap produk yang
ada dipasaran. Dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dapat
melahirkan idea baru setiap masa untuk membuat perubahan apa yang
telah dianalisiskan supaya produk ini dapat memberi idea baharu dalam
menjayakan ekonomi sebagai intrumen pemasaran kepada rakyat
Malaysia.
Hal ini jua dapat membantu kami sebagai murid untuk mendidik
supaya sentiasa berjimat cermat terhadap barangan kitar semula daripada
bahan-bahan terpakai. Bagi remaja selalu mencari alternatif untuk
menjimatkan kos harian mereka. Remaja yang bijak akan menghasilkan
produk melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi seperti bidang
aplikasi reka bentuk seperti : -
i) Fesyen
ii) Fertigasi
iii) Pembuatan
iv) Mekanikal
v) Elektrik
vi) Elektronik
vii) Akuaponik
viii) Makanan dan pembungkusan makanan
ix) Mekatronik
Melihat kepada produk sedia ada di pasaran ditunjukan satu aksesori
fesyen yang tidak mampu untuk dimiliki, apatah lagi terdapat masalah
sering berlaku kepada beg tangan ialah zip selalu rosak, harga juga terlalu
mahal, kualiti bahan yang tidak lasak menyebabkan saya terfikir untuk
melakukan pengubahansuaikan bahan dan aksesori lain yang terdapat
pada beg tersebut.

