Page 33 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH BPPS 2021
P. 33

Senarai tugas :
               Jawatankuasa Pusat Sumber
                Menyediakan carta organisasi JK Penyelaras Pusat Sumber dan mempamerkan pada papan
                 kenyataan
                Mengetahui dan menghebahkan pusat sumber terdiri daripada Perpustakaan dan Unit
                 Teknologi Pendidikan (UTP) dan UTP pula terdiri daripada APD, Bilik Tayangan, Bilik
                 Komputer dan Makmal Bahasa
                Menyelaras semua program media yang dirancang pelaksanaannya
                Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber, perbelanjaan pengurusan,
                 penyelenggaraan dan pembangunan
                Memberi khidmat dan kepakaran PdPc berhubung dengan teknologi pendidikan dan bidang
                 latihan
                Membantu merancang dan melaksanakan program perkembangan staf
                Memberi motivasi kepada guru dan pelajar ke arah menggunakan pelbagai media pendidikan
                Merancang untuk mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan
                 Pusat Sumber Sekolah
                Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi luar yang berkaitan
                 dengan Pusat Sumber
                Menyediakan Laporan Tahunan dan Penyebaran
                Mendapatkan maklum balas penggunaan Pusat Sumber daripada Guru - guru Panitia Mata
                 Pelajaran dan menyebarkan maklumat tersebut semula
               Perpustakaan / Media
                Mengagihkan peruntukan perpustakaan untuk setiap aspek yang diperlukan seperti buku,
                 akhbar, majalah, alatan, perabot dan pengawas perpustakaan
                Menyediakan senarai buku yang dibeli atas nasihat ketua panitia, AJK perpustakaan dan
                 menyemak daripada katalog buku
                Mengisi borang pesanan daripada katalog buku
                Menyediakan dan mengisi senarai peralatan dalam buku stok / buku peralatan
                Memberikan nombor-nombor pengkelasan mengikut Sistem Dewey
                Menjalankan kerja-kerja pemprosesan seperti membuat poket, kad pinjaman dan kad
                 katalog
                Memasukkan dan mengemas kini buku dan majalah di rak yang berkenaan
                Menyediakan fail tegak untuk sesuatu bidang pelajaran
                Mempamerkan keratan-keratan alih bahasa dan lain-lain pada papan lembut perpustakaan
                Menyediakan sudut buku-buku baharu dan poster-poster
                Melantik pengawas perpustakaan secara rasmi
                Menyediakan jadual bertugas pengawas
                Memastikan pengawas perpustakaan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik perpustakaan
                Menyediakan peraturan-peraturan perpustakaan dan dihebahkan kepada semua murid dan
                 satu salinan peraturan dipamerkan di papan kenyataan
                Mempamerkan jadual penggunaan bilik perpustakaan pada papan kenyataan
                Menyemak buku-buku semula berpandukan senarai perolehan dan membaiki atau
                 membuat cadangan pelupusan buku-buku yang rosak kepada PGB
                Mengesan buku-buku yang hilang atau yang belum dipulangkan oleh murid / guru pada








                        Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2021                                                   20
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38